Bila kali terkahir korang bercucuk tanam? Hari ni ramai yang bercakap mengenai 'urban farming' ni. Tak kisahlah korang tinggal di kondo atau rumah teres. Hari ni ada pelbagai cara yang kita boleh buat untuk menghasilkan taman mini korang tersendiri. Hafiz pun tengah dalam proses menghasilkan taman mini sendiri. InsyaAllah kalau menjadi nanti boleh kongsi lebih banyak tips & petua.
Untuk posting kali ni, Hafiz buat rujukan melalui beberapa laman web yang Hafiz rasa mungkin dapat membantu beri idea kepada kita apa pokok yang sesuai untuk ditanam. Selain dari mampu mampu menjimatkan kos & memberikan supply kepada makanan fresh setiap hari, tanaman di rumah ini pastinya lebh baik kerana kita boleh pastikan yang tiada penggunaan bahan kimia untuk baja ataupun racun serangga.
Jom kita kenali tanaman yang boleh kita realisasikan di rumah...
1. Bok Choy
Sayur bok choy atau pak choy merupakan sejenis sayuran yang berasal daripada jenis kubis Cina. Paling sinonim dengan masyrakat Cina dalam masakan dan perubatan mereka, bok choy ialah sayuran yang ringkas berdaun hijau serta tinggi dari segi khasiat dan rasa yang sedap.
Bok choy boleh ditanam melalui dua cara: secara biasa menggunakan tanah dan sistem hidroponik. Setelah melalui proses semaian, anak pokok bok choy bolehlah dipindahkan ke dalam tanah untuk ditanam secara biasa ataupun secara hidroponik. Sistem hidroponik bermaksud sistem tanaman menggunakan air (sahaja).
Sayur bok choy ni perlu dimasak dalam kuantiti masa yang pendek bagi mengelakkan menjadi layu dan hilang khasiatnya. Antara khasiat yang terkandung di dalam bok choy ialah vitamin C, K, dan A, kalsium, zat besi, magnesium dan sebagainya yang mana mampu menjana sistem imun yang lancar, bertindak sebagai antioksida, dan merangsang fungsi sistem saraf dan otot yang baik.
Bagi yang selalu dengan makanan sihat mesti korang dah biasa dengan jenis-jenis salad yang ada. Contohnya seperti salad Romaine. Seperti juga sayur bok choy, korang juga boleh menanam salad Romaine sama ada dengan kaedah biasa ataupun kaedah hidroponik. Semua jenis salad secara umumnya mempunyai cara penanaman yang hampir sama, cuma berbeza dari segi keperluan cahaya dan suhu.
Salad Romaine sesuai ditanam sepanjang tahun dengan iklim di Malaysia. Mengambil masa lebih kurang 6 minggu sebelum boleh mula dipetik, salad Romaine ni dikatakan sangat mudah ditanam. Mesti bestkan boleh petik terus leta dalam salad atau sandwich nanti kan.
3. Daun Bawang
Daun bawang ni sememangnya mampu memberi impak yang besar apabila ditambah ke dalam masakan bersup ataupun salad. Selain menjadikan rasa lebih sedap baunya juga mampu membuka selera seseorang itu.
Terdapat tiga cara untuk menanam daun bawang iaitu menanam menggunakan umbi atau benihnya, menanam di dalam pot atau menanam daun bawang di dalam botol kaca. Ketiga-tiganya merupakan proses yang sangat mudah untuk dilakukan dan hanya memerlukan ruang yang sedikit, walaupun korang hanya ada ruang yang terhad.
4. Daun Saderi
Daun saderi sangat dikenali kerana kemampuannya yang mampu untuk membersihkan buah pinggang. Dengan harganya yang murah dan senang untuk ditanam, tiada sebab untuk kita tidak menanamnya sendiri. Seperti juga daun bawang, daun sup tidak memerlukan proses yang rumit untuk menanamnya dan boleh ditanam di dalam botol dan diletakkan di tepi sinki!
Seperti sayur-sayuran lain yang berkhasiat, daun saderi kaya dengan fosforus, natrium, kalium, vitamin A, B kompleks dan C yang ternyata sangat baik untuk kesihatan.
5. Daun Selasih
Selasih ialah tanaman lama yang telah dibudayakan oleh masyarakat Mesir kuno sejak 3000 tahun yang lalu. Baunya yang seakan-akan serai mampu menaikkan selera ketika makan.
Bagi korang yang nak tanam selasih ni, perlu disemai sehingga tempoh 1 hingga 3 minggu sebelum boleh dialihkan ke medium tanaman yang sebenar. Selasih sudah boleh mula dipetik apabila daunnya telah matang dan bersaiz lebih kurang 25 sentimeter.
Kelebihan selasih ini ialah mampu menjaga kesihatan jantung, menghalang radikal bebas yang merbahaya, mencegah kanser, dan baik untuk kesihatan kulit. Kebaikan yang diperolehi daripada selasih berasal daripada pelbagai khasiat yang terkandung di dalam tumbuhan selasih itu sendiri iaitu contohnya riboflavin, pelbagai jenis vitamin seperti B6, C, A, E, D dan K, thiamin dan beberapa lagi bahan yang ternyata sangatlah baik untuk kesihatan.
Diharap dengan perkongsian diatas ni dapat memberi inspirasi untuk kita mulakan aktiviti bercucuk tanam ni. Disamping dapat berjimat cermat, dapat jugak kita menikmati makanan segar & berkhasiat setiap hari....
Comments
Post a Comment