Skip to main content

Featured

5 Lokasi Nasi Ayam Hainan Murah Anda Perlu Cuba

Kredit: culinaryfrank.com Dalam senarai makanan Malaysia yang popular, nasi ayam, khususnya, nasi ayam hainan berada di kedudukan yang setaraf dengan sajian-sajian tempatan lain seperti roti canai, nasi lemak, laksa dan mee kari. Meskipun begitu, hidangan klasik ini jarang sekali dikaitkan dengan Malaysia kerana dua faktor. Faktor yang pertama  ialah kita mempunyai terlalu banyak sajian yang sedap sehinggakan susah untuk nama-nama besar dalam industri makanan global memilih hanya satu makanan terbaik dalam senarai mereka. Faktor yang kedua  pula ialah Singapura. Oh tidak, saya bukan nak timbulkan perbalahan antara Singapura dan Malaysia tentang asal-usul nasi ayam kerana memang jelas nasi ayam berasal dari negara China. Sebaliknya, saya nak tekankan tentang dua restoran nasi ayam Hainan di sana yang telah dianugerahkan bintang Michelin iaitu Tian Tian Hainanese Chicken Rice dan Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice and Noodle. Jadi, memang tidak menghairankanlah kalau n

Resepi Lemon Kek Yang Moist & Senang


Salam... Kali ni Hafiz nak share satu resepi yang best seller jugak. Ramai yang suka kek lemon atau lemon loaf ni sebab diorg kata rasa dia gebu & sedap. Tak da apa2 rahsia pun cuma yang penting kena guna bahan2 yang berkualiti. Kalau nak kek lemak & gebu ni kena gunakan pure butter. Cth jenama Westgold, Anhor, SCS, Emborg... Kalau ada budget lebuh tu korang boleh cuba guna butter premium macam Pamplie, President tu... Mmg lah lain rasa sedap dia tu guna butter mahal ni.hehe Buttercup tu bukan pure butter ya.  

Jom kita tengok bahan-bahan untuk kek lemon ni.  Beginner pun boleh buat.

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil baking powder
180 gm mentega - suhu bilik
1 biji parutan kulit lemon
4 biji telur A
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila


Bahan Glaze

3/4 cawan gula icing - ayak
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara :

1. Panaskan oven suhu kepada 170C - 180C(bergantung kepada oven korang). Gris loyang bulat 8 inci x 3inci dengan butter/minyak dan alas dasarnya dengan baking paper. 

2. Ayak tepung dan baking powder dalam mangkuk.

3. Pukul mentega, gula kastor dan parutan kulit lemon dengan kelajuan sederhana hingga warna adunan pucat dan kembang selama 2-3 minit. Pastikan adunan rata semuanya.

4. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu. 

5. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.

6. Dengan kelajuan rendah, masukkan adunan tepung perlahan-lahan. Tak perlu putar terlalu lama.

7. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 50-60 minit atau hingga masak. Uji dengan mencucukkan lidi, jika lidi keluar bersih tandanya kek dah masak.

8. Sejukkan kek dalam loyang selama 15 minit, kemudian keluarkan kek dan letak atas redai kek. Biar kek sejuk sepenuhnya.

9. Sementara menunggu kek sejuk, pukul gula icing dan jus lemon dalam mangkuk kecil hingga licin dan tebal untuk membuat glazenya.

10. Tuangkan glaze diatas kek. Sedia untuk dihidangkan....

Comments

Popular Posts