Skip to main content

Featured

5 Lokasi Nasi Ayam Hainan Murah Anda Perlu Cuba

Kredit: culinaryfrank.com Dalam senarai makanan Malaysia yang popular, nasi ayam, khususnya, nasi ayam hainan berada di kedudukan yang setaraf dengan sajian-sajian tempatan lain seperti roti canai, nasi lemak, laksa dan mee kari. Meskipun begitu, hidangan klasik ini jarang sekali dikaitkan dengan Malaysia kerana dua faktor. Faktor yang pertama  ialah kita mempunyai terlalu banyak sajian yang sedap sehinggakan susah untuk nama-nama besar dalam industri makanan global memilih hanya satu makanan terbaik dalam senarai mereka. Faktor yang kedua  pula ialah Singapura. Oh tidak, saya bukan nak timbulkan perbalahan antara Singapura dan Malaysia tentang asal-usul nasi ayam kerana memang jelas nasi ayam berasal dari negara China. Sebaliknya, saya nak tekankan tentang dua restoran nasi ayam Hainan di sana yang telah dianugerahkan bintang Michelin iaitu Tian Tian Hainanese Chicken Rice dan Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice and Noodle. Jadi, memang tidak menghairankanlah kalau n

Perbezaan Butter & Marjerin


Butter atau marjerin? Lepas Hafiz kongsi resepi sebelum ni, ada yang bertanya pasal butter @ mentega ni. Mana yang lagi sedap, man yang lagi healthy... Jadi untuk posting kali ni Hafiz akan kongsi sedikit apa yang Hafiz faham. Harap posting ni dapat membantu korang memahami perbezaan keduanya.


Dalam dunia baking atau masakan ni, dua elemen ini memang akan mempengaruhi rasa & texture masakan korang. Menjadi satu keperluan untuk kita memahaminya.
Jom kita kenali kedua-duanya:



Butter
- Dihasilkan daripada produk tenusu.
- Kalau rajin, korang boleh jugak buat sendiri di rumah. Tetapi harap maklum, tugasan ini memerlukan tenaga yang banyak untuk menghasilkan butter ni.



Marjerin
Asal usul bermulanya ialah apabila diperkenalkan oleh seorang ahli kimia Perancis Hippolyte Mege Mouriez atas permintaan Maharaja Louis Napoleon yang mahukan alternatif butter yang lebih murah bagi memberi makan kepada pasukan tenteranya.

Marjerin diperbuat daripada minyak sayuran yang mempunyai ikatan kimia tidak tepu. Ia cair pada suhu bilik. Antara minyak sayuran yang digunakan ialah minyak cottonseed, minyak safflower, minyak sunflower, minyak soya, minyak canola dan lain-lain minyak sayuran dari lemak tak tepu yang kebanyakannya dihasilkan negara barat.

Terdapat Pengilang yang mencampurkan minyak sayuran dengan minyak kelapa sawit yang separa pepejal bagi mengelakkan proses hidrogenasi ini. HIDROGENASI ialah penambahan atom hydrogen menyebabkannya lebih likat dan menjadi pepejal.

Cara lain bagi mengurangkan trans-fat di dalam marjerin dipanggil INTERESTERIFICATION. Proses hidrogenasi ini menghasilkan TRANS-FAT antara sumber makanan penyumbang utama kepada masalah sakit jantung.


Trans Fat
Meningkatkan kandungan kolesterol “jahat” LDL jenis kecil dan padat yang menyendat di dalam saluran jantung dan pembuluh darah lain dalam badan anda.
Mengurangkan kolesterol “baik” HDL yang berfungsi mengurangkan radang dan memberi perlindungan kepada jantung dan kesihatan menyeluruh.

Antara bahaya lain trans-fat:

  • Kanser
  • Kencing Manis
  • Obesiti
  • Gangguan Imuniti Badan
  • Kesuburan dan Gangguan Hormon Seks.
  • Pengurangan Susu Badan.
  • Pembesaran dan Perkembangan Kandungan.
Enzymatic Interesterification (IE)

  • Meningkatkan paras gula darah sebanyak 20%
  • Mengurangkan insulin sebanyak 10% (insulin ni mengawal paras gula, hormon tumbesaran dll)
  • Mengurangkan kolesterol baik HDL.
  • Meningkatkan kolesterol spesis TRIGLYCERIDE.
  • Marjerin dan shortening.
  • Ubi kentang, ayam goreng .
  • Donut, waffles.
  • Biskut dan pastri.
  • Makanan ringan seperti potato chips
  • Makanan proses seperti cereal dan nestum.
Dengan kajian dan bukti saintifik yang kukuh ini, semua saintis mengakui Trans Fat ini membahayakan kesihatan. 

Alternatifnya, butter merupakan pilihan yang lebih sihat pada pendapat peribadi saya.
Di samping butter, minyak kelapa asli (bukan proses -non RBD) dan minyak zaitun(extra virgin) juga merupakan minyak yang sangat sihat. Minyak kelapa, butter, minyak haiwan juga mengandungi minyak tepu tinggi yang lebih tahan suhu tinggi berbanding minyak tidak tepu yang cepat rosak.

Kesimpulannya, antara Butter & Marjerin ni, Hafiz lebih percaya pada butter. Rasa masakan yang dia masak menggunakan butter ni lebih sedap & kek anda pula lebih gebu. 

Semoga panduan ni dapat membantu ada memahami mengenai butter & marjerin ni ya.


Comments

Popular Posts