Skip to main content

Featured

5 Lokasi Nasi Ayam Hainan Murah Anda Perlu Cuba

Kredit: culinaryfrank.com Dalam senarai makanan Malaysia yang popular, nasi ayam, khususnya, nasi ayam hainan berada di kedudukan yang setaraf dengan sajian-sajian tempatan lain seperti roti canai, nasi lemak, laksa dan mee kari. Meskipun begitu, hidangan klasik ini jarang sekali dikaitkan dengan Malaysia kerana dua faktor. Faktor yang pertama  ialah kita mempunyai terlalu banyak sajian yang sedap sehinggakan susah untuk nama-nama besar dalam industri makanan global memilih hanya satu makanan terbaik dalam senarai mereka. Faktor yang kedua  pula ialah Singapura. Oh tidak, saya bukan nak timbulkan perbalahan antara Singapura dan Malaysia tentang asal-usul nasi ayam kerana memang jelas nasi ayam berasal dari negara China. Sebaliknya, saya nak tekankan tentang dua restoran nasi ayam Hainan di sana yang telah dianugerahkan bintang Michelin iaitu Tian Tian Hainanese Chicken Rice dan Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice and Noodle. Jadi, memang tidak menghairan...

Resepi Kek Gula Hangus


Salam semua. Hari ni Hafiz rasa nak share satu lagi resepi lama yang disukai ramai. Kek Gula Hangus atau orang putih panggil Honey Comb Cake. Resepi ni mudah tapi memakan masa sikit. Sesuai untuk orang buat dihujung minggu.

Disebabkan kek ni agak memakan masa yang lama, ramai yang lebih suka membeli. Tak kisahlah kan. Cuma kalau ada masa tu boleh lah cuba buat. Hafiz sertakan kat sini resepi & cara2 yang Hafiz dah ringkaskan untuk memudahkan kerja korang didapur.

Bahan-bahan: 

125 gm butter5 biji telur 1/4 cawan susu pekat manis1 cawan tepung gandum1 cawan air1 1/4 cawan gula2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara cara:

1. Cairkan butter dan biarkan sejuk. Panaskan gula hingga hancur dan sedikit keperangan. Kemudian masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.

2. Dalam bekas lain, telur dikacau perlahan hingga cair(jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.

3. Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati dan tapiskan.

4. Tuang ke dalam loyang bersaiz 7" x 7" yg dah digriskan dan dialas baking paper. Peram selama 3 - 4 jam. Untuk mendapatkan lubang2 yang cantik tu kena sekurang-kurangnya 3 jam. Lagi lama lagi baik tapi korang jangan terlupa nak bake sudah lah ya... 

5. Sekarang bolehlah korang masukkan dlm oven yg dah dipanaskan pada 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba ya. 

Comments

Popular Posts