Skip to main content

Featured

5 Lokasi Nasi Ayam Hainan Murah Anda Perlu Cuba

Kredit: culinaryfrank.com Dalam senarai makanan Malaysia yang popular, nasi ayam, khususnya, nasi ayam hainan berada di kedudukan yang setaraf dengan sajian-sajian tempatan lain seperti roti canai, nasi lemak, laksa dan mee kari. Meskipun begitu, hidangan klasik ini jarang sekali dikaitkan dengan Malaysia kerana dua faktor. Faktor yang pertama  ialah kita mempunyai terlalu banyak sajian yang sedap sehinggakan susah untuk nama-nama besar dalam industri makanan global memilih hanya satu makanan terbaik dalam senarai mereka. Faktor yang kedua  pula ialah Singapura. Oh tidak, saya bukan nak timbulkan perbalahan antara Singapura dan Malaysia tentang asal-usul nasi ayam kerana memang jelas nasi ayam berasal dari negara China. Sebaliknya, saya nak tekankan tentang dua restoran nasi ayam Hainan di sana yang telah dianugerahkan bintang Michelin iaitu Tian Tian Hainanese Chicken Rice dan Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice and Noodle. Jadi, memang tidak menghairan...

Resepi Kuih Cara Berlauk Gebu & Sedap


Salam semua. Kalau dalam posting sebelum ni Hafiz ada kongsi sikit resepi baking terawal, kali ni Hafiz nak kongsi pula antara ilmu terawal yang Hafiz belajar dari arwah bapa. Ini antara kuih favorite yang selalu disediakan di rumah. Biasanya kitorang akan sediakan 2 jenis. Kuih cara manis untuk bapa & kuih cara berlauk untuk emak. 

Asas kepada kuih cara ni selain dari resepi, pastinya korang kena ada loyang. Kalau kat KL ni boleh jer beli kat Chow Kit. Kalau nak Hafiz tolong belikan, tinggalkan je komen kat bawah nanti untuk order ok.
Berikut adalah resepi untuk kuih cara berlauk.
Bahan bahan :a) Adunan Tepung
1 cawan tepung gandum1 biji telur ( Gred A)1 sudu kecil minyak sapi1/2 sudu kecil garam2 cawan airsecubit serbuk kunyit / sedikit pewarna kuning
Cara cara :Kisar semua bahan hingga sebati
b) Lauk dan hiasan:
200gram daging/ayam - dikisar2 labu bawang besar- racik halus3 biji bawang kecil - potong mayang1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang1 sudu kecil serbuk kari1/2 sudu kecil lada hitamgaram gula secukupnyasedikit minyak masak utk menumis
Cara cara1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah dan putih hingga kekuning-kuningan.2. Kemudian masukkan rempah kari dan lada hitam3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging/ayam kisar, bawang besar, masukkan sedikit air hingga daging /ayam masak.4. Masukkan garam gula secukupnya.
Hiasan : Daun sup dan cili besar yg diracik.(Bawang goreng. Dalam gambar diatas saya tak sempat nak buat bawang goreng) Proses masak cara berlauk:1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit minyak.2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan, kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng, daun sup dan cili.3.  Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu 1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak sedikit garing makna kuih cara dah masak dan boleh di  angkat.4.  Ulangi proses ini sehingga adunan habis...

Selamat mencuba....

Comments

Popular Posts