Bila kita kerap ke dapur, pastinya dapur kita sentiasa dipenuhi barang-barang segar & kering. Sering timbul cara untuk menyimpan agar kekal segar dan bebas dari unsur-unsur yang tidak dikehendaki seperti semut semua tu kan. Posting kali ni adalah perkongsian mengenai cara menjadikan dapur lebih efisien.
1. Air Sejuk untuk Menyegarkan Sayur
Perkara biasa lepas beli sayur ialah sayur layu dalam peti sejuk setelah ditinggalkan beberapa hari tidak terusik. Siapa yang tak sakit hati melihat sayur-sayuran yang baru dibeli menjadi busuk kan? Untuk mengelakkan masalah ini dari berulang, ada dua cara mudah yang korang boleh cuba untuk selamatkan sayur dan duit korang. Cara pertama adalah dengan membalut sayur berdaun dengan tisu dan dimasukkan dalam bekas kedap udara. Ada juga yang menggunakan surat khabar lama tapi Hafiz sarankan lebih baik untuk guna tisu dapur. Jangan pula guna tisu muka ya...Cara yang kedua ialah cara yang lebih menjimatkan. Rendam sayur berdaun yang kelihatan tidak begitu layu dalam bekas berisi air sejuk. Rendam dalam 15 minit dan lihatlah daun-daun yang kelihatan separuh mati tadi akan kembali segar. Tapi kalau sayur korang tu dah warna kuning tu, buang jer lah. Mustahil daun yang dah tukar warna tu nak nampak kembali segar.
2. Letakkan Cili Kering Di Dalam Beras
Kebanyakkan kita fikir beras lebih baik disimpan dalam bekas plastik. Alasan tu memang sangat praktikal. Bekas plastik lebih lebih kemas dan lebih menjimatkan ruang. Masalah bekas plastik ini pula ia tidak dapat menghalang kutu beras daripada bersarang dalam beras. Sekali kutu bersarang, habislah beras korang. Sekelip mata beras korang akan dirosakkanya.Penyelesaian paking mudah kepada masalah ini adengan meletakkan cili kering di dalam bekas beras. Cili kering yang panas akan membuatkan kutu-kutu lari daripada bahang cili.
3. Baking Soda Sebagai Pencuci
Tip seterusnya ni ialah dengan menggunakan baking soda & air sebagai pencuci yang cukup berkesan. Lebih berkesan daripada pencuci jenama mahal2 tu!Dengan campuran bahan lain seperti cuka dan jus lemon, baking soda dapat melakukan apa sahaja, daripada menanggalkan kesan degil di bekas plastik, mengilau permukaan yang kusam hinggalah menyerap bau-bau yang tidak menyenangkan dalam peti sejuk anda. Malah ada yang mencuci carpet & sofa menggunakan baking soda ni.
4. Tangan Berbau
Korang pernah bau tangan korang lepas makan sambal belacan tak? Berbau kan? Masa makan tak fikir bab bau sebab rasa dia yang sedap tu kan. Semasa memasak atau tengah makan mungkin korang tak kisah ada bau-bau itu di tangan tetapi katakan korang mempunyai mesyuarat atau temu janji selepas itu, pastinya bau ini akan menganggu tumpuan korang. Cara paling mudah adalah dengan menggosok tangan korang di sinki atau apa-apa barangan besi. Namun begitu, sinki dan barangan besi anda itu hendaklah yang tahan karat ya. Nanti tak berkesan pula! tips : kat daiso ada jual besi untuk basuh tangan tu. Size macam sabun buku jer.
5. Gantung Bawang untuk Tahan Lebih Lama
Tips terkahir Hafiz ni kongsi dengan korang mengenai bawang. Bukan membawang sebaliknya nak kongsi cara penyimpanan bawang yang betul. Bawang merupakan bahan makanan yang sangat cepat menjadi rosak. Bawang ni perlu 'bernafas' dengan betul.Hafiz tidak maksudkan korang kena letak topeng pernafasan pada stok bawang tu. Sebaliknya, cara terbaik untuk elakkan bawang korang daripada rosak atau tumbuh pucuk mahupun menjadi lesu adalah dengan menggantung bawang atau simpan dalam raga yang mempunyai lubang-lubang kecil.
Kalau korang ada tips lain, bolehlah kongsi di ruang komen ya.
Comments
Post a Comment