Skip to main content

Featured

5 Lokasi Nasi Ayam Hainan Murah Anda Perlu Cuba

Kredit: culinaryfrank.com Dalam senarai makanan Malaysia yang popular, nasi ayam, khususnya, nasi ayam hainan berada di kedudukan yang setaraf dengan sajian-sajian tempatan lain seperti roti canai, nasi lemak, laksa dan mee kari. Meskipun begitu, hidangan klasik ini jarang sekali dikaitkan dengan Malaysia kerana dua faktor. Faktor yang pertama  ialah kita mempunyai terlalu banyak sajian yang sedap sehinggakan susah untuk nama-nama besar dalam industri makanan global memilih hanya satu makanan terbaik dalam senarai mereka. Faktor yang kedua  pula ialah Singapura. Oh tidak, saya bukan nak timbulkan perbalahan antara Singapura dan Malaysia tentang asal-usul nasi ayam kerana memang jelas nasi ayam berasal dari negara China. Sebaliknya, saya nak tekankan tentang dua restoran nasi ayam Hainan di sana yang telah dianugerahkan bintang Michelin iaitu Tian Tian Hainanese Chicken Rice dan Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice and Noodle. Jadi, memang tidak menghairan...

Resepi Biskut Double Chocolate Chips Rangup

Biskut Double Chocolate Chips Rangup
  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  •  
  • Masa Memasak:15 minit,
  •  
  • Jumlah Hidangan:100 biji biskut saiz mini
Resepi Oleh: Che' Nom
Resepi Biskut Double Chocolate Chips atau Biskut Chocolate Chips versi 'gelap' kerana dua jenis coklatdimasukkan di dalam adunan iaitu serbuk koko dan chocolate chips. Biskut ini sangat sesuai untuk disediakan di hari raya cuma perlulah dibuat dalam saiz mini supaya lebih sesuai dihidangkan untuk tetamu nanti. Che Nom gunakan sudu kecil sebagai pengaup adunan doh biskut.
Kalau tidak suka badam anda boleh gantikan dengan kekacang lain seperti pecan atau walnut yang dicincang halus. Kekacang yang digunakan haruslah dibakar seketika supaya teksturnya rangup di dalam biskut.
Adunan perlu direhatkan seketika, minimum 10 minit supaya semua adunan menjadi sebati, stabil, lembapan dapat diseimbangkan serta rasa menjadi lebih sedap. Untuk masa pembakaran pula, janganlah terlebih masa kerana dikhuatiri kuih akan kering dan hangus. Susah untuk mengagak kuih ini supaya tidak hangus kerana warna doh nya yang gelap. Kesedapan rasa pula akn bergantung kepada kualiti mentega dan coklat yang digunakan. 

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan mentega unsalted (227g), suhu bilik
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 1/2 - 2 cawan coklat chip (semisweet)
  • 1/2 cawan badam cincang (almond nib), bakar seketika

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking soda dan garam.
  3. Dalam mangkuk berasingan, putar mentega bersama gula kastor dan gula perang sehingga putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang.
  4. Dengan kelajuan perlahan, masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan putar sebati.
  5. Masukkan pula coklat chip dan badam. Kacau sehingga adunan sekata dan rehatkan doh seketika.
  6. Griskan dulang dan lapik dengan kertas baking. Scoop dengan pencedok ice cream atau sudukan adunan di atas dulang dengan jarak yang jauh kerana biskut akan mengembang apabila dibakar.
  7. Bakar selama 15-20 minit.

Tips:

  • Untuk mendapatkan biskut yang lebih tebal tapi rangup, masukkan doh yang sudah di scoop ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.
Sumber : iResepi.com

Comments

Popular Posts