Skip to main content

Featured

5 Lokasi Nasi Ayam Hainan Murah Anda Perlu Cuba

Kredit: culinaryfrank.com Dalam senarai makanan Malaysia yang popular, nasi ayam, khususnya, nasi ayam hainan berada di kedudukan yang setaraf dengan sajian-sajian tempatan lain seperti roti canai, nasi lemak, laksa dan mee kari. Meskipun begitu, hidangan klasik ini jarang sekali dikaitkan dengan Malaysia kerana dua faktor. Faktor yang pertama  ialah kita mempunyai terlalu banyak sajian yang sedap sehinggakan susah untuk nama-nama besar dalam industri makanan global memilih hanya satu makanan terbaik dalam senarai mereka. Faktor yang kedua  pula ialah Singapura. Oh tidak, saya bukan nak timbulkan perbalahan antara Singapura dan Malaysia tentang asal-usul nasi ayam kerana memang jelas nasi ayam berasal dari negara China. Sebaliknya, saya nak tekankan tentang dua restoran nasi ayam Hainan di sana yang telah dianugerahkan bintang Michelin iaitu Tian Tian Hainanese Chicken Rice dan Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice and Noodle. Jadi, memang tidak menghairan...

Resepi Kek Pisang Moist & Mudah


Salam semua. Hari ni Hafiz nak share sikit resepi yang terawal Hafiz belajar masa mula-mula nak baking dulu iaitu kek pisang. Untuk pengetahuan korang, Hafiz tak pernah menjalani sebarang pendidikan formal dalam bidang masakan ni. Kebanyakkan dari youtube, blog & sesekali dari baking class yang sedia ada ni. Apa pun ilmu-ilmu yang kita belajar ni kena di amalkan dan dri situ baru kita boleh lebih memahami. Teknik & sukatan bahan juga biasanya berbeza bila kita sendiri yang menyediakannya.

Kek pisang ni bolehlah korang jadikan asas untuk mula baking. Sangat simple & hasilnya agak membanggakan bagi kita yang baru belajar bake ni. Berikut adalah resepi yang boleh dicuba:


Kek Pisang Moist 

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B:

8 biji pisang emas(lebih kurang 300g & dilenyek/kisar)
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula kaster
3 biji telur


Cara-cara:

1. Sediakan oven pada suhu 170. Ayak tepung gandum dengan baking powder dan soda bikarbanat.(bahan A)


2. Dalam satu bekas asing, satukan telur, gula perang & gula kastor. Pukul ringan sahaja. Takperlu sampai kembang. Kemudian masukkan minyak jagung. 
 3. Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit kedalam  bahan B. Gaul hingga sebati


4. Alaskan loyang berbentuk bulat saiz 8” dengan kertas minyak atau lenser loyang dengan mentega. 


5. Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. 

Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan. Kek pisang ni kalau dimakan masa panas2 pun sedap. 

Selamat mencuba.




Comments

Popular Posts