Skip to main content

Featured

5 Lokasi Nasi Ayam Hainan Murah Anda Perlu Cuba

Kredit: culinaryfrank.com Dalam senarai makanan Malaysia yang popular, nasi ayam, khususnya, nasi ayam hainan berada di kedudukan yang setaraf dengan sajian-sajian tempatan lain seperti roti canai, nasi lemak, laksa dan mee kari. Meskipun begitu, hidangan klasik ini jarang sekali dikaitkan dengan Malaysia kerana dua faktor. Faktor yang pertama  ialah kita mempunyai terlalu banyak sajian yang sedap sehinggakan susah untuk nama-nama besar dalam industri makanan global memilih hanya satu makanan terbaik dalam senarai mereka. Faktor yang kedua  pula ialah Singapura. Oh tidak, saya bukan nak timbulkan perbalahan antara Singapura dan Malaysia tentang asal-usul nasi ayam kerana memang jelas nasi ayam berasal dari negara China. Sebaliknya, saya nak tekankan tentang dua restoran nasi ayam Hainan di sana yang telah dianugerahkan bintang Michelin iaitu Tian Tian Hainanese Chicken Rice dan Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice and Noodle. Jadi, memang tidak menghairankanlah kalau n

Resepi Key Lime Pie Yang Paling Sedap & Senang


Pertama kali Hafiz tengok resepi ni terus rasa macam teruja nak buat. Bahan-bahan yang senang & murah. Jadi korang yang baru nak berjinak2 buat pie tu, ini adalah resepi wajb yang korang buat...

Berikut ialah bahan-bahan & langkah mudah yang korang boleh ikut ya:

Bahan-bahan:

5 kuning telur
1 tin susu pekat manis
1/2 cawan jus limau nipis

Untuk pie crust (non-baked):

1 packet biskut Digestive(ikut citarasa korang nak guna brand apa)
6 sb mentega tanpa garam
1 9in loyang pai

Cara2nya:

1. Mulakan dengan buat pie crust. Biskut di blend halus untuk dapat crumb atau serbuk biskut.
2. Cairkan mentega dan campur kedalam serbuk biskut tadi. Gaul sebati dan masukkan ke loyang pai yang telah dioles dengan sedikit mentega.
3. Tekan rata sampai ke sisi loyang. Boleh guna belakang sudu atau dialas plastik dan tekan dengan jari.
4. Balut dengan plastik wrap dan simpan dalam peti ais untuk biar crust tu set, sekurang-kurangnya sejam. Kalau biar semalaman lagi baik lah.
5. Seterusnya untuk adunan pai. Gaul sebati ketiga-tiga bahan di dalam mixer. Kalau ta da mixer, gaulkan didalam mangkuk besar & gunakan whisk. Pastikan adunan sebati ya.
6. Panaskan oven 180C (tanpa kipas).
7. Tapis dan tuang bancuhan kedalam pie crust yang telah dikeluarkan dari peti ais.
8. Ratakan dan terus masukkan kedalam oven.
9. Bakar 15minit. Lepas tu tutup oven dan biarkan selama 10minit lagi.
10. Keluarkan dan biar sejuk sebelum dimasuk kedalam peti.

* Masa keluarkan dari oven, adunan nampak belum keras. Biarkan. Lepas dah sejuk nanti cantiklah dia. Lepas tu baru lah boleh korang letak hiasan macam whipped cream macam kat bawah tu ya.. kalau malas, tak letak whipped cream pun dah sedap rasanya...

Sumber : google

Comments

Popular Posts