Skip to main content

Featured

5 Lokasi Nasi Ayam Hainan Murah Anda Perlu Cuba

Kredit: culinaryfrank.com Dalam senarai makanan Malaysia yang popular, nasi ayam, khususnya, nasi ayam hainan berada di kedudukan yang setaraf dengan sajian-sajian tempatan lain seperti roti canai, nasi lemak, laksa dan mee kari. Meskipun begitu, hidangan klasik ini jarang sekali dikaitkan dengan Malaysia kerana dua faktor. Faktor yang pertama  ialah kita mempunyai terlalu banyak sajian yang sedap sehinggakan susah untuk nama-nama besar dalam industri makanan global memilih hanya satu makanan terbaik dalam senarai mereka. Faktor yang kedua  pula ialah Singapura. Oh tidak, saya bukan nak timbulkan perbalahan antara Singapura dan Malaysia tentang asal-usul nasi ayam kerana memang jelas nasi ayam berasal dari negara China. Sebaliknya, saya nak tekankan tentang dua restoran nasi ayam Hainan di sana yang telah dianugerahkan bintang Michelin iaitu Tian Tian Hainanese Chicken Rice dan Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice and Noodle. Jadi, memang tidak menghairan...

Resepi Kuih Bahulu Sedap & Gebu


Salam semua. Kali ni Hafiz nak berkongsi satu resepi tradisional yang mudah untuk korang buat di rumah. Menggunakan loyang yang sama untuk buat kuih cara berlauk. 
Dulu masa kecil, Hafiz selalu tolong nenek buat bahulu ni guna dapur arang. Korang boleh bayang tak cabaran nak masak guna dapur arang ni. Memang mencabar tapi kan hasil guna dapur arang ni Hafiz rasa lebih sedap berbanding oven zaman sekarang ni. Tapi ada lagi ke yang sanggup bersusah payah nak sediakan bara arang ni supaya tidak terlalu panas....
ni lah contoh dapur arang kalau2 korang tak pernah tengok...




Kuih Bahulu

Bahan bahan:
10 biji telur gred B
250g tepung gandum
400g gula pasir
2 sudu kecil esen vanila 

Cara cara:
1. Tepung gandum digoreng dalam kuali tanpa minyak untuk mengeringkannya. Tepung yang kering akan menjadikan kuih bahulu lebih sedap dan tahan lama. Goreng sehingga bila dikacau, tepung seolah berterbangan dan berbau harum. Tandanya dah kering. 

Biarkan tepung benar benar sejuk sebelum diayak dan sedia untuk digunakan. 

2. Putar telur, gula dan esen vanila sehingga kembang dan menjadi putih. Boleh dilihat bila ianya tidak jatuh dengan cepat jika diangkat menggunakan spatula.


3. Ambil 2 senduk adunan telur dan masukkan 3 sudu tepung gandum dan dikaup balik perlahan-lahan. Tujuan kaedah dikaup balik adalah supaya ianya dapat memerangkap udara. Jadi kuih bahulu akan lebih ringan dan tahan lama.

4. Masukkan acuan ke dalam oven pada suhu 200c dan panaskan seketika sebelum dilenser dengan minyak masak.

5. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 10 minit atau sehingga nampak kekuningan. Keluarkan dari loyang secara perlahan2.  

6. Tuang adunan ke dalam acuan sehingga habis kesemuanya. 

Selamat mencuba....



Comments

Popular Posts