Skip to main content

Featured

5 Lokasi Nasi Ayam Hainan Murah Anda Perlu Cuba

Kredit: culinaryfrank.com Dalam senarai makanan Malaysia yang popular, nasi ayam, khususnya, nasi ayam hainan berada di kedudukan yang setaraf dengan sajian-sajian tempatan lain seperti roti canai, nasi lemak, laksa dan mee kari. Meskipun begitu, hidangan klasik ini jarang sekali dikaitkan dengan Malaysia kerana dua faktor. Faktor yang pertama  ialah kita mempunyai terlalu banyak sajian yang sedap sehinggakan susah untuk nama-nama besar dalam industri makanan global memilih hanya satu makanan terbaik dalam senarai mereka. Faktor yang kedua  pula ialah Singapura. Oh tidak, saya bukan nak timbulkan perbalahan antara Singapura dan Malaysia tentang asal-usul nasi ayam kerana memang jelas nasi ayam berasal dari negara China. Sebaliknya, saya nak tekankan tentang dua restoran nasi ayam Hainan di sana yang telah dianugerahkan bintang Michelin iaitu Tian Tian Hainanese Chicken Rice dan Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice and Noodle. Jadi, memang tidak menghairan...

Resepi Popia Simpul Kasih



Salam semua. Walaupun raya lambat lagi, dalam posting kali ni Hafiz nak share satu resepi yang Hafiz dah mula buat dari zaman sekolah lagi. Popia simpul ni merupakan antara juadah wajib setiap kali raya selain dari kuih2 raya yang lain tu. Macam pelengkap kepada kuih-kuih yang dihidangkan. Boleh juga dijadikan makanan ringan untuk hari2 biasa. Korang boleh buat stok simpan kat office bila2 terasa nak mengunyah tu.  
Bahan-bahan:

1 paket kulit popia size 8" X 8" (50 keping) - Boleh dapat lebih kurang 1 kg popia simpul 
Inti :

  • 200 g udang kering, direndam
  • 400 g kelapa parut
  • 3 sudu besar minyak
  • 200 ml air - diambil air asam jawa
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • 1 sudu besar ketumbar - disangai (goreng tanpa minyak)
  • 2 sudu kecil jintan manis - dikisar halus
  • 1 sudu kecil jintan putih 
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2-3 sudu besar pes cili - Ikut selera masing2
  • 1 helai daun kunyit, dikoyak
  • garam, gula secukupnya

Bahan kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 btg serai

Cara membuat inti:

1. Kisar atau tumbuk udang kering hingga hancur/halus. 2. Sangai/goreng kelapa tanpa minyak hingga keemasan. 3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, rempah kisar, serbuk kunyit dan pes cili hingga wangi.4. Tuangkan air asam jawa, garam dan gula. 5. Bila mendidih, masukkan daun kunyit dan udang kering. 6. Kacau tanpa henti hingga agak kering kemudian bubuh kelapa goreng. 7. Kacau lagi hingga menjadi seperti serunding.
Cara membuat popia simpul:

  • Kulit popia di bahagi kepada 8 bahagian. 
  • Ambil 1 bahagian kulit popia yang telah dipotong tadi dan ceraikan. 
  • Ambil 1 lapisan...letak inti dalam 1g/separuh sudu kecil kemudian gulung dan simpul. 
  • Buat sehingga semua kulit popia habis.
  • Goreng dengan api sederhana 

Selamat mencuba....


Comments

Popular Posts