5 Lokasi Nasi Ayam Hainan Murah Anda Perlu Cuba
Kredit: culinaryfrank.com Dalam senarai makanan Malaysia yang popular, nasi ayam, khususnya, nasi ayam hainan berada di kedudukan yang setaraf dengan sajian-sajian tempatan lain seperti roti canai, nasi lemak, laksa dan mee kari. Meskipun begitu, hidangan klasik ini jarang sekali dikaitkan dengan Malaysia kerana dua faktor. Faktor yang pertama ialah kita mempunyai terlalu banyak sajian yang sedap sehinggakan susah untuk nama-nama besar dalam industri makanan global memilih hanya satu makanan terbaik dalam senarai mereka. Faktor yang kedua pula ialah Singapura. Oh tidak, saya bukan nak timbulkan perbalahan antara Singapura dan Malaysia tentang asal-usul nasi ayam kerana memang jelas nasi ayam berasal dari negara China. Sebaliknya, saya nak tekankan tentang dua restoran nasi ayam Hainan di sana yang telah dianugerahkan bintang Michelin iaitu Tian Tian Hainanese Chicken Rice dan Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice and Noodle. Jadi, memang tidak menghairankanlah kalau n
Comments
Post a Comment